Psstt.....

~Pesan pada DIRI, jangan t'salah memberi HATI pada insan yg tak sudi, pada insan yg tak mengerti....

kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pd diri, hati2lah memberi HATI
sebab ia hanya utk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI ♥♥

Saturday, December 31, 2011

Hari ini...

LAPARR!!!!!!!!!!!!!! Gas mati lak pagi-pagi ni,.. sabor je la wahai perutku....nanti kita makan ye..
Haduii nak citer apa ek.. Hmm, esok new year,..hui kejap betoi masa berputar,.
taw-taw je da nak masuk tahun 2012,..n next year gak umur aku mencecah 20tahun,..
Erkk, 20 tahun... aku tak sedia lagi kut!!! :( 

time ni la orang akan membebel
'ko tu da umur 20 cuba berubah sikit bangun awal, kemas rumah, cuci baju...bla..bla bla.. jangan asyik nak tido jer ..." (haha..its my mom :p ) ape malas punye org la aku ni kan? :p hehe
lecturer lak "awak semua ni da umo 20thn ke atas cuba jangan buat perangai macam budak tadika! Assignment tak buat, xdtg kelas..ape nak jadi dgn awak semua ni?" yah begitula selalunye bila lecturer da meletOp... sabar je la wahai lecturer2 ku semua...jasa dan kesabaran anda amat kami hargai..
Kawan aku lak "Ko ni cuba la berubah sikit,..asyik tengok kartun, duk ngadap laptop men game zombie! zombie!! zombie!!! aku tengok kau pun da macam zombie! sedarlah ko tu da 20thn bukan budak lagi!" no no no.. tu la cara aku melepaskan stress dgn assignment, exam yg haiiiiiii....redha je la aku mengadapnye...

Cakap pasal exam aku tak ready lagi kut asyik men game zombie ni je..ni la susah bila beli wifi mesti aku tak belajar! lau tak beli bosan lak!.. da la lepas new year je aku mid sem kut.. Huii memang tak de nye la nak relax2 nak tengok bunga api kat extreme park..tengok dari rumah je la..

Wish me "All the best k!" for my mid sem ^^ ~~

Wednesday, December 21, 2011

Dunia.. oh..dunia

Terbaca satu artikel ni tadi kat my news hub,...yang mampu disebut.. Astaghfirullahal azim..
'Gay marriage' cuba tebak orang mana pengantinnya.. ireland with malaysian and lebih teruk muslim! Adoii,..don't know how to say.. risau jer akan ada yang mengikut.. pergi negara lain then kahwin dengan pasangan sejenisnya.. Ye lah, lain negara lain la undang-undangnya. Kalau kat malaysia confirm tak lepas! 
Apa nak jadi.. muka betul2 nampak melayu terakhir gitu tapi.... ahh malas nak mengulas.. Kesian family dia.. malu satu hal aku rasa 1 dunia da tahu kut..nama pun da kuar kat internet ni.. Jangan la masyrakat menyalahkan mak bapak budak ni.. Budak tu da besar kut untuk fikir mana baik mana buruk so dia la patut yang tanggung apa yang dia buat.. Yang aku pelik boleh dia kata 'saya akan kekal muslim sehingga akhir hayat' ..Woii derr..kitab mana yang mengatakan islam membenarkan umatnya kahwin dengan kaum sejenis?? Pa pe pun harap kau kembali ke pangkal jalan tu yang penting..


Tuesday, December 20, 2011

Hidup seorang pelajar...

Today at class don't have mood.. teringat kes jumaat lepas.. arghh wat aku tension jep! lagi-lagi tengok muka tettt tu.. ahh,..adoii makin sakit kepala aku.. Pa pe pun try cool.. k cool.. Entah nape sem ni macam de masalah sikit ngan lecturer.. takut jep dia orang aim aku then fail kan aku.. Huii,..naya.. kes berat tuh.. Tapi, just thing positive tak mungkin la dia orang sanggup fail kan students.. ermm entah la..malas nak fikir kepala aku jugak yang stress t..if it happen  just lest it be.. what can i do is through it with strong heart.. Be fun! yeahh ^^

Arghh, tukar topik.. aku penat tak terkata ni.. Isnin lepas tak datang kelas terlepas belajar bab 4 tapi pa pe pun lega satu urusan selesai just tunggu proses yg seterusnya. Memang penat sangat isnin tu bayangkan la dari 9-5pm lebih kut galas beg ke hulur ke hilir kat KL tu..kalau beg kosong tak pe la gak ni laptop! aku ni da la kecik je.. lepas sampai shah alam baru terasa sengal kat bahu ni..letih dia sampai sekarang dengan tak cukup tidurnya.

Saturday, December 3, 2011

Al-Fatihah..dari ku..

Assalammualaikum, dunia..

Kalau semalam aku dikejutkan dengan pengkuan kawan aku dari kecik yang dia dah pegang status isteri orang hari ini aku dikejutkan dengan kematian ayah kawan kolej aku,.. Sungguh aku tak sangka dia juga menimpa nasib ujian yang sama dengan aku.. Aku betul-betul tak tahu sampai la on9 facebook tadi..

Aku harap dia tabah menghadapi ketentuan Allah yang ini..yang memang ramai tak dapat menerima hakikat orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita..memang menyakitkan tapi itu lah realitinya.. Setiap yang hidup pasti akan pergi kembali kepada Pencipta-Nya.. Aku faham perasaan dia.. kehilangan tempat untuk bermanja..kehilangan orang yang satu-satunya kita panggil ayah! satu kehilangan yang besar yang amat menyakitkan, menyesakkan jiwa..

Tapi, Jangan anggap Allah itu tidak adil kerana meragut kebahagiaan yang kita ada.. Yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. Kerana Allah tidak akan mendatangkan sesuatu ujian kepada hamba-Nya andai kita tidak bersedia andai iman kita tak kuat untuk menghadapinya.

Jadi, kuatkanlah semangat.. hadapi dugaan ini dengan hati yang cekal dan banggakanlah ayah kita di sana, tersenyum melihat kita berjaya..

Salam takziah daripada aku buat kau teman, (sue sekeluarga)...Semoga dia yang kita sayang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Sekalung Al-Fatih ah  ku sedekahkan...

Monday, November 14, 2011

NEW SEM : SEMESTAR 3...

Welcome Back to Collegue...
ahah rasa maleh pulak sem 3 ni langsung tak bersemangat aku..
Tadi da start class ohoh lecturer yg sama mengajar..hmm boleh la..at least dia tak garang n yg penting boleh masuk kelas lambat.. Hahahaha.. Yo'yo'o sem 1 bukan main takut nak masuk lambat sekarang dah ada pangkat senior (senior gak la) sesuka ja nak datang kelas tak.. Ermm,. ramai gak a yang tanya result dapat bape?? My answer is... aku tak amek lagi lahh hahaha.. lau aku amek pun maleh aku nak bagitau nanti ada jer yg menyakitkan hati aku jer... nanti ada je la suara-suara sumbang.. '4.00 flat lah tu..' Nape salah ke aku dapat result elok?? bukan aku nak berlagak aku ni pandai tapi aku ni pun bukannya pandai sangat aku just try selagi yang boleh untuk mendapatkan yang terbaik utk hidup aku... memang target aku nak dapat President's List tak boleh ke?? Berdosa ke?? Kalau diikutkan aku rasa dia orang lagi pandai drp aku coz aq just menghafal jep lepas exam habis satu sem aq da lupa apa yg aku belaja..tapi dia orang dpt gak recall balik.. Kadang2 bila lepas mid sem member tanya  lecturer 'sape highest mark?' nanti ada la suara-suara ..'aa dia la tu dia la tu' padahal bukan aku pun yg highest..buat malu aku jerr.. rasa nak marah pun ada..Huh, pa pe pun bersabo je la aku ngan kehidupan sebagai pelajar...

* SEM 3 : NEW SEM NEW LIFE K!!
* Target : President's List (kalu pointer aku tak jatuh la sem lepas... sok kne mek result ni harap sume ok)

Thursday, September 29, 2011

Hari ini...

Assalamualaikum,...
Hari ini merupakan hari sibuk mengulangkaji akaun..Biasalah subjek tough en lagipun aku tak ada basic Akaun, zero! kena la berguru dengan kawan aku nie.. Bebanyak terima kasih a aku ucapkan sebab sabo melayan soalan2 aku... hahaha ;p 

Fisrt time kut study reramai-ramai (1 kelas, 1 mentor) time final exam sebelum ni mana ada... Kita orang study kat PPAS, pergh memang cantik a tempat tuh, besar pun besar cantik pun cantik..siap ada tempat theatre lagi patut a budak-budak ni selalu lepak sini.. boleh buat bising lak tu kat tingkat bawah..selalunya Library yang selalu aku masuk besar-besar sign kat situ "Please, Keep Quiet" dengan jari letak kat bibir..Serius tempat tu memang Library TERBAIK pernah aku gi..Siap golek-golek kut kat sofa dia.. haha....Tapi sayang a dia buat kat area golf tu..lau dekat luar sikit dekat dengan kolej memang aku jalan kaki hari-hari gi sana..ada jugak privacy nak belajar n melepak...



Ni la PPAS Shah Alam...
The Best wooo...





Anyway, aku nak cerita sikit ni,. :( .huuu...sedihhh member housemate aku dah tak duk sini sem depan... Hurmmm,..bosan a aku pasni tak de geng nak melepak mana-mana... Tak tahu lah aku duk umah ni macam mana nanti..sunyi kut tak de dia!! Kita orang dah rapat sejak first sem kut! Ingat lagi masa duk sini mula-mula.. ;)  selalu nak gi mana-mana mesti kita orang berdua je la.. memang selalu teman meneman a..

Pastu masuk lak 2 orang kakak tu..jadi kamceng a kita orang selalu gosip sesama share masalah sesama..Pernah gaduh gak tapi ok da.. Hmm, bila ingat-ingat balik rindu pulak aku kat dia sedangkan dia baru je keluar kul 9 tadi..hahaha ;p Tunang aku tuhh...kekeke.. tade a gurau2 jer..
Pa pe pun hope dia kekal a ngan tunang dia yang sebenar2 nya tuh... (^^)     
Satu aku nak cakap... " Gila,..rindu ko derr " ;p

Sunday, September 25, 2011

COupLe?? L.O.V.E??!!

Apa itu cinta??
Assalamualaikum,blog ku..
Yah, hari ini aku nak sentuh sikit bab cintan cintun ni..
Why? Sebabnya soalan seperti ini : 

           " Kau tak ada pakwe ke?" 
         " Kau tak nak cari pasangan ke? takkan nak single je..
           tak bosan ke?"
         " Nak aku cari kan pakwe tak? kau nak yg macam 
           mana yg botak, yg badan tough, tinggi pendek"

Wah wah wahhh...da macam agensi mencari jodoh pulak kengkawan aku ni...
Dear my fellow friend, yg kukasihi, yg ku sayangi sekalian.. bukan nak kata apa lah.. Aku ni malas nak mencari boyfriend...(nk tambah 's' ke? hehe :p).. sebab banyak sangat benda yang perlu aku fikir daripada fikir nak  mengutip mamat yg entah pa pe tu..terjamin sangat ke lelaki tu nak kahwin dengan kita?? Ya, memanglah ada lelaki yang serius tapi tak ramai..lagi baya-baya aku ni.. confirm la semua takat nak suka suka gituu...Hmm, maleh la eden,..lebih baik aku fikir cara aku nak bayar balik pinjaman PTPTN aku ni lagi bagus..daripada fikir nak menjaga hati dia tapi hati aku tak terjaga..itu tak boleh ini tak boleh...semua nak dikongkong..baik tak payah....

Contohnya... (experience member...aku pemerhati jerr :p )
          " U jangan nak keluar malam I tak suka" -Tapi boleh pulak dia ajak g dating malam pagi-pagi buta...
          " Nak keluar gi mana WAJIB roger I" - Derr,.ada juga yg takat nak pergi giant sebelah rumah ni pun kena roger-roger and out...tak ke....... pa pe je la....yg lebih kesian tengah sibuk berbalas sms pastu kekasih ni pergi la toilet sat, boleh pulak pakwe dia mengamuk sebab lambat balas mesej,.. Aduiii, itupun jadi perang dunia ke3 ke??
          " U pakai tudung lagi lawa..lagi pun perempuan kan wajib tutup aurat" -Huii, ini memang lelaki baik ni siap suruh awek dia pakai tudung,..tapi.....kenapa bab bersentuhan tak ada pulak dia nak prihatin? Elok je tangan tu landing kat pinggang awek dia.... Jawapan kawan aku : Normal la tu bila dah couple.. semua couple lover macam tu pegang tangan bila berjalan..(Aku.. Huhh?? pa pe je la...)

Apa reaksi korang kalau Lelaki camni??

Berdasarkan experience kawan aku ni la aku malas nak fikir cintan cintun...Apa pun tak boleh...asyik kena ikut telunjuk orang jer..masa untuk bersendirian pun tak ada..nak enjoy dengan kawan pun burn canggitu.. semuanya asyik berkepit dengan dia je 24 hours! (Boleh bosan tau nggak).. Hari tu pun gaduh dengan member sebab dah janji ni nak keluar sama last2 dia tak dapat ikut sebab nak temankan boyfriend dia yg berkeras nak dia ikut gi mana entah..So, makin lama hubungan kita orang jadi renggang pada hal dulu bukan main kamceng.. tapi nasib baiklah dah ok sekarang walaupun tak serapat dulu.. 

Disebabkan faktor-faktor di atas and yang lain-lain tu aku malas nak berceghita... muktamad aku tak perlu lagi ada boypren2 ni..rimas...sat lagi break up patah hati menangis la 2/3 hari...hui,. tak mau...
buat masa sekarang just focus on my study...Yahh, itu lagi terBaik...

Buat kengkawan aku yang sudah mengikat tali pertunangan and tinggal 1 tahun lebih je nak bernikah after study ni,.Congrats yo! Aku doakan korang bahagia dunia akhirat hingga anak cucu cicit and kekal dengan tunang korang sekarang ni.... (^^)

Lastly,.. terimalah kata-kata puitis yang di hantar oleh kawan aku ni..



CinTa???
Cinta itu ibarat KENTUT,
Dipendam rasa SEKSA, di luah rasa MALU...
Jadi tunjukkanlah 'CINTA' kamu perlahan-lahan
seperti mana kamu melepaskan KENTUT..
Elehh,..macam tak biasa pulakkk... hehehehe (^.~)

Monday, September 19, 2011

Final Exam for Sem 2...


Hoho,.. tadi merupakan exam paling sempoi pernah aku jawab.. 
mana tak nya tak yah susah2 nak menghafal.. 
spend 30 min jer selak2 buku tengok format dia macam mana...
pastu sempat lagi layan movie jepun ngan korea sampai kul 12.30am.. hahaha... (>.<)



So, 4 paper lg kena redah... 
nasib la exam pengajian Islam hari jumaat so dpt la relaks sikit..
Cuma, next week kena struggle lorh pulun abis2..
3 paper kut dlm 1 mggu..
mane nak blaja akaun lagi kuantitatif lagi..
Arghh..kecut aku... pa pe pun Hwaiting!!!
chayook chayookk!!!

To all my friends Good Luck for your final exam yo!! (^^) Mulakan menjawab kertas anda dgn doa yerr...

Monday, September 12, 2011

Sure miss all of you a lot!


Tiap kali buka facebook, tengok wall group GRS..
hmm, makin sunyi jer lepas 2 orang
kawan aku pergi sambung study..
Seriously,.. aku terasa nak menangis!! :'(
sebab terlalu teramat sangat rindu
dengan korang semua!!!!! 
Dah la cuti sem tak dapat jumpa
nie raya pun tak dapat jumpa gak!
 sedih tul.........sadis..



hope after this kita semua dpt meluangkan masa bersama.
cam time sekolah dulo-dulo.. ;) haha

 Love you guys
(^^)

Sunday, September 11, 2011

Rindu Syawal


RINDU SYAWAL

Syawal ini hambar ku rasakan,..
Tanpa kehadiranmu disisi..
Bagi melengkapkan lebaran seperti sebelum ini..
Yang selalunya dihiasi gelak tawa
kini suram tanpa kata
Mungkin lebaran kita tidak semeriah mereka
Tapi amat indah bagiku
Cukup hanya ada dirimu, dia dan kami
Cukup dengan kesederhanaan yang kita miliki
Yang penting adalah kita meraikan kedatangan Syawal bersama.

Namun, tidak Syawal ini
Yang hanya ada dia, kami
Dan tangisan di sudut hati yang amat merinduimu
Manakala engkau telah pergi jauh tanpa berpaling
Pergi mengikuti jemputan Kekasihmu
Meninggalkan semua yang amat menyayangimu
Yang tinggal hanyalah batu nisan yang kaku
Menjadi tempat melepaskan rindu akan belaianmu!


sekalung ucapan doa untukmu~

Saturday, September 10, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Yuuhuuu,.. dah hari ke12 umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri... ^^
Alhmdulillah selamat juga kita menjalankan ibadah di dalam bulan Ramadhan,..
Moga ini bukan ramadhan akhir kita lah ye...moga amalan-amalan kita di bulan ramadhan hari tuh diterima oleh-Nya... kalau dalam bulan ramadhan kita tak miss solat wajib, buat solat sunat, tadarrus..
Harap lah iya nya diteruskan walaupun ramadhan dah habis...[Peringatan utk diri sendiri juga ;p]

Lastly, "SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WAL FAEZIIN" to all muslimin and muslimat..

Tuesday, August 23, 2011

Terima Kasih...

Alhamdulillah,.. tadi baru je terima zakat dari pihak kolej ^^ ... Terima kasih sangat...
Duit ni insya'alla aku simpan kalau tak terbelanja la,..hehe... [haipp,..bajet..bajet.. ;p]
Hari ahad lepas time balik rumah pun ada Ajk blok hantar beras n makanan lain la..
terima kasih juga aku ucapkan.. Kepada yang memberi sedekah...
terima kasih la kepada pak cik tu n sekeluarga..
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ^^... Aamiinn


Hmm, makin nak dekat raya makin berlambak pulak assignment....
Semua nak submit after Raya...Aduihh,.. Kena siapkan minggu ni
jugak la nampaknya..Kalau tak...terganggu la ana punya Raya..........

Monday, August 22, 2011

in Mahkamah

Hari ini......Arghhh sangat mengantuks! 1 jam setengah lepas baru blik dari Mahkamah rendah syariah,..y? Aku cerai talak 10...ha3,..ta de la..ada la uruskn something with my mom..masa tggu kes ktorg dipanggil duk la dengar kes2 orang lain,.. kbanyakannya kes cerai!! sampai Hakim pun naik bosan "asyik-asyik kes cerai, panggil kes yang lain" hahaha,..begitu sekali ye..so, sebab tu la dapat keluar awal la jugak lepas 1jam lebih duk dalam court tuh..macam-macam sebab la pasangan ni nak bercerai..

      Mostly, perempuan yang minta fasakh sebab tak ada sefahaman, laki tak bagi nafkah,.. tapi aku tertarik dengan kes ni, bukan nak mengumpat tapi sebagai PERINGATAN! Gini,.. laki dia banyak girlfriends,..so isteri dia tuntut fasakh,..Hakim balas "biarlah laki awak banyak gf pun.." (Dlm hati aq,..ishkk, Hakim ni tahu lah lelaki boleh kahwin ramai tp agak lorhh..) tapi bila fikir2 balik mungkin Hakim ni nk bagitahu biar la laki dia banyak gf pun, tapi janganlah terus nak minta cerai..bincang dulu dengan suami elok2.. Hakim tanya lg "handsome sgt ke laki awak sampai ramai perempuan nak dekat dia?" Aku rasa dah nak tergelak jep,..haha perli baik punya..hahaha... Hakim, "berapa ramai girlfriends laki awak tuh? kerja apa?" Isteri, " 4 orang atau lebih..saya tak tahu dia kerja apa sebab dia tak nak bagitahu" Haa boleh pula tak tahu kerja apa.. ishk3.. kat sini kita kena ingat kita kena tahu suami kita or bakal suami kita tuh kerja apa jangan lah main redah je nak kahwin punya pasal tak amek kisah pasal kerja apa yang dibuat lelaki tuh,..khuatir je dia buat kerja yang salah disisi undang-undang macam mana?? kita juga yang susah..
kepada lelaki,..kalau dah tahu nak kahwin kenalah cari kerja yg tetap, ekonomi kena kukuh..ni tak.. isteri dah tuntut fasakh baru sibuk nak cari kerja..fikirlah kesian kat anak-anak ngan isteri yang tak cukup nafkah tu..

Dalam kes cerai ni ada juga la lelaki yang nak ceraikan isteri dia,..tapi isteri dia tak setuju sebab masih sayangkan perkahwinan dorang..tersentuh aq..aku tak dapat bayangkan andai aku ditempat dia.. sedangkan yang minta fasakh pun de yang menangis setelah dengar talak dari suami dia di depan Mahkamah ni kan lagi suami sendiri yg nak ceraikan.. n mostly pasangan muda lah awal 20 an ke atas baru 2/3 tahun kahwin terus minta cerai..ishk3..takut aku fikir macam mana lah nasib aku nanti?? harap dapat suami yang baik n soleh.

De lagi aku nak share,..kes kahwin lari kat Thailand..haa,nie mungkin perkara biasa lah kat negara kita nieh.. punca dia sebab ayah dia tak setuju ngan pilihan hati si anak perempuan ni yg nak kahwin dengan si 'Pakistan'.. Hakim tanya " kenapa perlu kahwin lari sampai ke Thailand? kenapa tak cari je wali lain n kahwin kat Malaysia?" ishk2,..macam2 en,..susah payah nk lari g thailand kenapa? pakai je la wali nasab yg lain xpun wali hakim kat malaysia nie...kan senang?

Oo,.yup,.lega PMC da tamat semalam,..hati aku tenang dapat pengalaman berQiamulaill dengan kengkawan..1st time nie ikut Qiamulaill excited kut....[tp sejadah aq hilang :'( ..puas aq cari tak jumpa2..] hmm,..ta pe la.. Aku harap kita semua dpt la pengalaman berharga n belajar sesuatu drp PMC uh.. yang mana selama ni solat lompong2 n dah lame xg terawihh, PMC ri tuh kena gak solat walaupun ada yg terkandas di tengah jalan, penat ye.. Kita ni berpuasa tapi tak solat gak kan rugi tuh dua-dua wajib.. solat tu umpama tiang agama kalau tak solat tapi puasa je umpama rumah ada bumbung tapi tak ada tiang...
serupa lah kalau tak pakai tudung tak tutup aurat.. umpama rumah tak ada dinding..Fikir-fikirkanlah ^^

Monday, August 1, 2011

berita manusia...

Baru je nak terlelap tetiba handphone ku berbunyi,...mesej masuk..
Adoii,..baru je nak starting mimpi2 indah dah kne cut..dah la xtdo lpas sahur td..kacau tul..
"Salam,.please inform others class for today has been
canceled because I've had a meeting. Selamat Berpuasa"
Yahuu,..mesej yg mggembirakn tul..kalau la kelas lagi 1 tu pun cancel mmg xde wat pe la aq hari ni standby nk ke bazar je kut,..haha :p

Boring2 nieh,..saja surf berita2 terkini(t'kini lah sgt)..search Aleesha Farhana yg duk t'tera kat status ckgu aq 2 ari lepas..ku ingatkan dak sekolah aku sekali bukan. Da mensearch ni baru aku tahu dia ni sebenarnya lelaki nak minta permohonan tukar jantina tapi tak di approve then meninggal dunia sebab serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’ dan tekanan darah rendah.

"Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.."

 Kesian aku dengan family dia and dia sekali. Aku setuju sangatlah dgn pendapat Dr.Mashitah Ibrahim.

"masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis,
ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100
kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.
Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu
kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.
“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah."

Masyarakat pun satu,..yang duk caci hina watpe,.cubalah bantu dia bimbing
dia ke jln yg benar...Rasulullah s.a.w tak ajar pun kita mencaci orang sampai mendoakan
kematian orang lak tuh.. at least kita bimbing dia dpt la dia ni bertaubat n menyesal dgn
tindakan yg dia buat..Setiap orang ada hak untuk bertaubat mehh~

p/s harap ini jadi iktibar buat kita sebagai umat islam,...
ingatlah balik apa yang telah terjadi kpd kaum nabi lut yg diterbalikkan bumi tu...
kita ni bru je tsunami, tanah runtuh..cuba bygkn kena macam kaum nabi lut,.. Nauzubillah!

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa ^^






Esok da puasa,.. ^^
Maka, akan ada lah perut yg mendendangkan alunan merdu..'Kro krek Krok krek' bunyinya..
Akan ada lah yang terliur,..
terbayang-bayang makanan yang sodap2,..
tengok buku terbayang nasi ayam la tomyam la,..
nmpak air pili terteguk2 je air liur tu,..
jgn smpai air longkang pun ko terbayang air milo sudah la..
kang ada msuk hospital sebab keracunan air,..ade ke? ..


Hmm, pa pe pun aku ingin mengucapkan
    "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"
kepada semua muslimin dan muslimat...tak kira la yg follow blog ni or x or ttbe je click2 muncul blog ni en.. kita pun t'baca lah kan...
Semoga tahun ni puasa penuhlah hendaknya...n dapat tingkatkan pahala..
Bagi yg dpt 'greenlight' suke....suke jugak.. jgn lupa ganti lak..

DOA PUASA

DOA BERBUKA PUASA










Ya Ramadhan..

Tadi g giant hui pasang lagu raya.. buatkan aku rasa cam dah nak raya jer..
hehe ;p  lek puasa pun belom,.. time nunggu akak ni cucuk duit 
kitorang makanlah mamee,..semua dok pandang,..kitaorg dah cuak,..
"asal semua pandang ni? dah start puasa ke? bukan esok ke?"
haha,..confius sebentar..yo larh dorang pandang cam kitorg wat salah jep..
ke dorang pelik tengok kitorang makan mamee? entahler...


K la xmo cter byk just nk share fadhilat bulan puasa jep kat sini...  Ye la sebelum kita start puasa meh le sesama kita fahami fadhilat ramadhan ^^

~KELEBIHAN RAMADHAN~ 
1. Abu Hurairah : Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
 
2. Abu Hurairah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

4. Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda :
    -Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya,
    -dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
    -berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
    -Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

5.  Abi Soleh Az-zayyat, bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
    Rassullah S.A.W telah bersabda : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.


PENERANGAN HADIS
1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

3. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

4. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

5. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

6. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

7. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

8. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

9. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan da dekat

Sedar tak sedar,..dah nak puasa..excited.. ^^ and rasa sedih gak..
sebab ini lah puasa pertama family aku tanpa kehadiran dia.. :'(
Selalunya time puasa, family kita orang akan pergi pasar borong beli ini lah itu lah tuk sahur ngan buka t..
Time sahur punyalah susah nak bangun, lagi2 aku...kesian mak aku kena masak sensorang..
Time buka lak, Dia lah orang pertama yang akan duduk depan lauk pauk semua tuh and
orang pertama gak yang habis makan..kadang2 kitaorg gelak je tengok Dia..
Tapi aku tau, semua tu takkan berulang lagi...
.aku selalu terfikir macam mana la nanti suasana kat rumah tu,..
ye lah aku pun tak balik dari 1st puasa smpailah ke ari 28,..
risau fikir keadaan mak aq waktu tu.. harap mak aku kuatlah dgn dugaan ni..
'Kita tempuh sesama ye mak :)'..

Thursday, December 10, 2009

LAST SCHOOL...

Hah, pagi ni merupakan hari terakhir aku pakai baju sekolah menengah.. Lepas ni tak pakai dah..Da tamat alam persekolahan menengah katakan..
Hehh, Akhirnya dengan rasminya tepat jam 12.15 aku telah tamat menduduki SPM bagi tahun 2009.. Yess.. Bagi mereka yg masih sibuk study utk menempuhi SPM hingga 16/12/2009 selamat Berjaya eh... Aku dah habis dah.. Hehe.. Rasa terharu la pulak.. Next Year tak yah nak bangun pagi2 pergi sekolah..Aish, selalunya tu lah rutin aku pagi2.. Lepas ni tak tau lah.. melingkup kut dalam bilik tidur..Berdengkur 24hrs..iShkk,xleh gak 2 da kre Innalillah tu.. Then, xdapat lah jumpa kengkawan aku tu yg suka dok menyakat orang xhenti2.. Tension gue dgn dia orang..But, aku akan mula rindukan kau orang (sebelum ni tak sebab kau orang selalu buli aq..hihi gurau je).. Jgn korg lupakan aku sudah lah..
Hmm, pa pe pun harap lah result aku elok.. setakat lulus pun jadi lah.. janji lulus..i2 jelah harapan aku wat masa ni..

Sunday, November 8, 2009

SPM!! SPM!! SPM!!!

Waaaaaaaaa!!!! SPM dah nak dekat!!!! Takut Den... Tinggal bape ari jer... Harkkkkk.. I will die......So, sempena nak menyambut raya SPM ni kan aq nk mintak maap lar kat kengkwn aq yg sengal2 ni kekalo de tersakitkan hati ke, tercucuk2 hati korg ke en... terutama atuk2 aq tu (buntal n temban) and my bestfrendz (nur, shah, faten,qis, dian,aza, bla..bla..bla...bla..bla....) mintak maap ler sesangat... Biasalah adat berkwn kan xsah kalu xsakitkan hati ni...pa pe pun Banzai!!!!!!!! Chaaayuuuuukkkkkkkk!!!! To SPM students... Gud Luck...same2 la kiter Banzai eh... May ALLAH bless us... kpd budak2 PMR lak...senang lar korangkan relaks kat umah..lepak2 en... tapi xpe aq x heran.. pasal kita org da nk tamat sekolah menengah dah.. Hahahahaha.. lepas ni bolehla cari duit byk2 kembungkan poket aq ni yg sememangnya kering kontang... k la Arious,...get loussss... brambus... chow lu....

Sunday, October 4, 2009

Open House!!

Time raya ni ramai sangat yg wat open house... cam tengah ari tadi lepas mkn mee kari kat umah Faten, p umh syaira..mkn soto...sedap tu... tapi penat o jauh sgt umh die mcm nk patah je kaki ni...camne la die blk sekolah en...ari-ari jln kaki kut... lepas tu p umh shah..perghh..patah gak kang kaki aq..ishk, nasib baiklah kaki ni xleh bercakap kalo x...mogok berjalan kot...

aiseh....SPM tnggal bape ari lg kot....