Psstt.....

~Pesan pada DIRI, jangan t'salah memberi HATI pada insan yg tak sudi, pada insan yg tak mengerti....

kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pd diri, hati2lah memberi HATI
sebab ia hanya utk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI

Sunday, July 31, 2011

Ya Ramadhan..

Tadi g giant hui pasang lagu raya.. buatkan aku rasa cam dah nak raya jer..
hehe ;p  lek puasa pun belom,.. time nunggu akak ni cucuk duit 
kitorang makanlah mamee,..semua dok pandang,..kitaorg dah cuak,..
"asal semua pandang ni? dah start puasa ke? bukan esok ke?"
haha,..confius sebentar..yo larh dorang pandang cam kitorg wat salah jep..
ke dorang pelik tengok kitorang makan mamee? entahler...


K la xmo cter byk just nk share fadhilat bulan puasa jep kat sini...  Ye la sebelum kita start puasa meh le sesama kita fahami fadhilat ramadhan ^^

~KELEBIHAN RAMADHAN~ 
1. Abu Hurairah : Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
 
2. Abu Hurairah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

4. Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda :
    -Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya,
    -dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
    -berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
    -Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

5.  Abi Soleh Az-zayyat, bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:
    Rassullah S.A.W telah bersabda : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.


PENERANGAN HADIS
1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

3. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

4. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

5. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

6. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

7. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

8. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

9. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

No comments:

Post a Comment