Psstt.....

~Pesan pada DIRI, jangan t'salah memberi HATI pada insan yg tak sudi, pada insan yg tak mengerti....

kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pd diri, hati2lah memberi HATI
sebab ia hanya utk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI ♥♥

Tuesday, January 31, 2012

Lelaki+Masak = ?

FAKTA SEBENAR LELAKI

Teringat kat member kamcing.. ada ke dia masak meggi goreng+tuna dlm sardin..
Then, nasi goreng+epal+blackcurrant.. errr agak2 pe rase dia ek??

-maaf ler atuk buntal terngumpat ko lak :p
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari je r.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul x??
LIKES!
Dennis Oh hehe :p


 
 
 
 
 
 
 
 
(◠‿◠)~@ Aku pun tak de la reti masak sangat.. ALa-ala kadar jer..
Lau boleh nak le laki yg reti masak hehehe :p...
Pe mau jadi nie..... :D

Sunday, January 29, 2012

Kena ngorat?? awww



9 soalan & jawapan terbaik bila kena ngorat........hehehe :D

Assalamualaikum,
Haaahh,. entry ni aku dapat daripada blog kawan aku,.. hehehe,... ^^
so nak share la kat sini 





Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.Kat bawah ni ada idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.

Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja  Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Konklusinya,,,jaga lah  ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT.Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan. sekian :) 


Jawapan 4 memang terbaik..
tapi aku ni jenis brutal jugak lerr so jawapan 2 & 3 hahaha,.. :p




Friday, January 6, 2012

Hari ini dan semalam

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu....

Yaaahh,.. hari ini and esok2nya tak ada lah rumah sewa ku ni mendengar suara aku membebel2 panjang....
Aku sakit tekak!! Demam~~ Ahhh,. rasa nak balik rumah je jumpa mak... Tapi de lagi 3 paper tak jawab,. heee nak balik! :'( tak suka la demam! nak study pun tak leh berat je mata ni nak tido.. badan pun sesengal nye haishh.. huhh kena kuat ni... Chayyookk2 u can do it.. (tapi aku still pening -__-) waaaa.....

Harap esok demam ni kurang a sikit.. ahad ni aku ada KPP kut.. please lah tak kan nak tunda -.-?

Lupa sesuatu.....
Minta perhatian kepada sesape je la yang duk satu rumah dengan member2 en..
Tolong a hormat sikit member2 tuhh,.. Janganlah ber'dating depan rumah...
tak kira la pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke pepagi bute tu lagi la...
Tengok-tengok la member2 kau satu rumah tu lelaki ke perempuan?
Kalau semua perempuan kau tak reti-reti lagi ke nak dating tempat lain..
ni tak.. dating depan rumah.. kawan-kawan kau ni ada yg biasa la malam2 kan
orang nak tidur mesti a t'seksi sikit... ada pakai seluar pendek, t-shirt singkat tuhh..
Yang korang berdua berdating kat situ pe ke hal?? pergi la cari port lain!!!
 tak kira lah kau kata pakwe kau ni tak ngadap lah kita orang ni en..
dia cintakan kau seorang sangat en bla bla bla bla n so on..
Dia tetap seorang lelaki!! ada nafsu!! mu pahe ke dok?
Kita orang ni jugak yang lari lintang pukang  duk dalam bilik
tunggu sampai korang selesai berdating tuh.. haishhh potong stim org nak makan meggi taw!

Menyampah lak aku orang canggini..  -_____-

Wednesday, January 4, 2012

Stress ngan Exam...

Arghhh, stress teramatttt....................
Entah kenapa exam kali ni bila baca nota je tak leh nak masuk dalam otak kepala nieh,...
Aku tak pernah stress macam ni time exam :'( lagi stress dari exam SPM kutt...
rasa macam lost tak tahu nak study apa..
sampaikan terpaksa menghafal semata-mata sedangkan aku tak faham menda tu pun!
kenapa la leh jadi canggini...? Adoiii,.. pening!!!
Exam please be nice to me :'(



2hours before the paper quality
what should i do??? -______-

Sunday, January 1, 2012

2012

2012 just started the day.... Ahh,.. just to count the month to officially be 20years old adolescent,..hehe
Kawan-kawan yg sebaya dgn aku pun ahh dah 20 thn,.. cam tak percaya je,.. tapi itu la hakikatnya we will 20 years old this year,..Goshhh,..rasa cam berdebar-debar la.. 'Whats going on our 20years old? How it feels? Ah,..very excited lorhhh.. ^^ hope this it will better than last year, too much pain.. n hoping everything run smoothly also wish get more money hehe :p .. (Aiggoo..too much debt should i pay u know...)
Whatever..... u can do it k! Go go go!!! 


p/s : New year celebration is it 'Haram' to all muslim because it is nasrani celebration...
       even say "Happy new year"  Explanation is here ---


SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI HARAM!!!

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?
Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [  http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan. Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.
[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :
Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

[size=10pt][size=10pt]وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا[/size][/size]

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur  (Lihat tempat bergaris)  adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].  Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :
[size=10pt][size=10pt]عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى[/size][/size]

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti  Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

[size=10pt][size=10pt]إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا[/size][/size]

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini  (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

[size=10pt][size=10pt]وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ[/size][/size]

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371]. Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama
Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

[size=10pt][size=10pt]لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم[/size][/size]

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :
[size=10pt][size=10pt]وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله[/size][/size]

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :
[size=10pt][size=10pt]
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .
[/size][/size]

Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.Berkata Ulama Hanafiah :

[size=10pt][size=10pt]ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم[/size][/size]

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :
[size=10pt][size=10pt]أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى[/size][/size]

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]. Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.
Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

[size=10pt][size=10pt]ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور[/size][/size]

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

[size=10pt][size=10pt]ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم[/size][/size]

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

[size=10pt][size=10pt]ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار[/size][/size]

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat

[size=10pt][size=10pt]قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”[/size][/size].

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.  Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Saturday, December 31, 2011

Hari ini...

LAPARR!!!!!!!!!!!!!! Gas mati lak pagi-pagi ni,.. sabor je la wahai perutku....nanti kita makan ye..
Haduii nak citer apa ek.. Hmm, esok new year,..hui kejap betoi masa berputar,.
taw-taw je da nak masuk tahun 2012,..n next year gak umur aku mencecah 20tahun,..
Erkk, 20 tahun... aku tak sedia lagi kut!!! :( 

time ni la orang akan membebel
'ko tu da umur 20 cuba berubah sikit bangun awal, kemas rumah, cuci baju...bla..bla bla.. jangan asyik nak tido jer ..." (haha..its my mom :p ) ape malas punye org la aku ni kan? :p hehe
lecturer lak "awak semua ni da umo 20thn ke atas cuba jangan buat perangai macam budak tadika! Assignment tak buat, xdtg kelas..ape nak jadi dgn awak semua ni?" yah begitula selalunye bila lecturer da meletOp... sabar je la wahai lecturer2 ku semua...jasa dan kesabaran anda amat kami hargai..
Kawan aku lak "Ko ni cuba la berubah sikit,..asyik tengok kartun, duk ngadap laptop men game zombie! zombie!! zombie!!! aku tengok kau pun da macam zombie! sedarlah ko tu da 20thn bukan budak lagi!" no no no.. tu la cara aku melepaskan stress dgn assignment, exam yg haiiiiiii....redha je la aku mengadapnye...

Cakap pasal exam aku tak ready lagi kut asyik men game zombie ni je..ni la susah bila beli wifi mesti aku tak belajar! lau tak beli bosan lak!.. da la lepas new year je aku mid sem kut.. Huii memang tak de nye la nak relax2 nak tengok bunga api kat extreme park..tengok dari rumah je la..

Wish me "All the best k!" for my mid sem ^^ ~~

Wednesday, December 21, 2011

Dunia.. oh..dunia

Terbaca satu artikel ni tadi kat my news hub,...yang mampu disebut.. Astaghfirullahal azim..
'Gay marriage' cuba tebak orang mana pengantinnya.. ireland with malaysian and lebih teruk muslim! Adoii,..don't know how to say.. risau jer akan ada yang mengikut.. pergi negara lain then kahwin dengan pasangan sejenisnya.. Ye lah, lain negara lain la undang-undangnya. Kalau kat malaysia confirm tak lepas! 
Apa nak jadi.. muka betul2 nampak melayu terakhir gitu tapi.... ahh malas nak mengulas.. Kesian family dia.. malu satu hal aku rasa 1 dunia da tahu kut..nama pun da kuar kat internet ni.. Jangan la masyrakat menyalahkan mak bapak budak ni.. Budak tu da besar kut untuk fikir mana baik mana buruk so dia la patut yang tanggung apa yang dia buat.. Yang aku pelik boleh dia kata 'saya akan kekal muslim sehingga akhir hayat' ..Woii derr..kitab mana yang mengatakan islam membenarkan umatnya kahwin dengan kaum sejenis?? Pa pe pun harap kau kembali ke pangkal jalan tu yang penting..


Tuesday, December 20, 2011

Hidup seorang pelajar...

Today at class don't have mood.. teringat kes jumaat lepas.. arghh wat aku tension jep! lagi-lagi tengok muka tettt tu.. ahh,..adoii makin sakit kepala aku.. Pa pe pun try cool.. k cool.. Entah nape sem ni macam de masalah sikit ngan lecturer.. takut jep dia orang aim aku then fail kan aku.. Huii,..naya.. kes berat tuh.. Tapi, just thing positive tak mungkin la dia orang sanggup fail kan students.. ermm entah la..malas nak fikir kepala aku jugak yang stress t..if it happen  just lest it be.. what can i do is through it with strong heart.. Be fun! yeahh ^^

Arghh, tukar topik.. aku penat tak terkata ni.. Isnin lepas tak datang kelas terlepas belajar bab 4 tapi pa pe pun lega satu urusan selesai just tunggu proses yg seterusnya. Memang penat sangat isnin tu bayangkan la dari 9-5pm lebih kut galas beg ke hulur ke hilir kat KL tu..kalau beg kosong tak pe la gak ni laptop! aku ni da la kecik je.. lepas sampai shah alam baru terasa sengal kat bahu ni..letih dia sampai sekarang dengan tak cukup tidurnya.

Saturday, December 3, 2011

Al-Fatihah..dari ku..

Assalammualaikum, dunia..

Kalau semalam aku dikejutkan dengan pengkuan kawan aku dari kecik yang dia dah pegang status isteri orang hari ini aku dikejutkan dengan kematian ayah kawan kolej aku,.. Sungguh aku tak sangka dia juga menimpa nasib ujian yang sama dengan aku.. Aku betul-betul tak tahu sampai la on9 facebook tadi..

Aku harap dia tabah menghadapi ketentuan Allah yang ini..yang memang ramai tak dapat menerima hakikat orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita..memang menyakitkan tapi itu lah realitinya.. Setiap yang hidup pasti akan pergi kembali kepada Pencipta-Nya.. Aku faham perasaan dia.. kehilangan tempat untuk bermanja..kehilangan orang yang satu-satunya kita panggil ayah! satu kehilangan yang besar yang amat menyakitkan, menyesakkan jiwa..

Tapi, Jangan anggap Allah itu tidak adil kerana meragut kebahagiaan yang kita ada.. Yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. Kerana Allah tidak akan mendatangkan sesuatu ujian kepada hamba-Nya andai kita tidak bersedia andai iman kita tak kuat untuk menghadapinya.

Jadi, kuatkanlah semangat.. hadapi dugaan ini dengan hati yang cekal dan banggakanlah ayah kita di sana, tersenyum melihat kita berjaya..

Salam takziah daripada aku buat kau teman, (sue sekeluarga)...Semoga dia yang kita sayang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Sekalung Al-Fatih ah  ku sedekahkan...

Monday, November 14, 2011

NEW SEM : SEMESTAR 3...

Welcome Back to Collegue...
ahah rasa maleh pulak sem 3 ni langsung tak bersemangat aku..
Tadi da start class ohoh lecturer yg sama mengajar..hmm boleh la..at least dia tak garang n yg penting boleh masuk kelas lambat.. Hahahaha.. Yo'yo'o sem 1 bukan main takut nak masuk lambat sekarang dah ada pangkat senior (senior gak la) sesuka ja nak datang kelas tak.. Ermm,. ramai gak a yang tanya result dapat bape?? My answer is... aku tak amek lagi lahh hahaha.. lau aku amek pun maleh aku nak bagitau nanti ada jer yg menyakitkan hati aku jer... nanti ada je la suara-suara sumbang.. '4.00 flat lah tu..' Nape salah ke aku dapat result elok?? bukan aku nak berlagak aku ni pandai tapi aku ni pun bukannya pandai sangat aku just try selagi yang boleh untuk mendapatkan yang terbaik utk hidup aku... memang target aku nak dapat President's List tak boleh ke?? Berdosa ke?? Kalau diikutkan aku rasa dia orang lagi pandai drp aku coz aq just menghafal jep lepas exam habis satu sem aq da lupa apa yg aku belaja..tapi dia orang dpt gak recall balik.. Kadang2 bila lepas mid sem member tanya  lecturer 'sape highest mark?' nanti ada la suara-suara ..'aa dia la tu dia la tu' padahal bukan aku pun yg highest..buat malu aku jerr.. rasa nak marah pun ada..Huh, pa pe pun bersabo je la aku ngan kehidupan sebagai pelajar...

* SEM 3 : NEW SEM NEW LIFE K!!
* Target : President's List (kalu pointer aku tak jatuh la sem lepas... sok kne mek result ni harap sume ok)

Thursday, September 29, 2011

Hari ini...

Assalamualaikum,...
Hari ini merupakan hari sibuk mengulangkaji akaun..Biasalah subjek tough en lagipun aku tak ada basic Akaun, zero! kena la berguru dengan kawan aku nie.. Bebanyak terima kasih a aku ucapkan sebab sabo melayan soalan2 aku... hahaha ;p 

Fisrt time kut study reramai-ramai (1 kelas, 1 mentor) time final exam sebelum ni mana ada... Kita orang study kat PPAS, pergh memang cantik a tempat tuh, besar pun besar cantik pun cantik..siap ada tempat theatre lagi patut a budak-budak ni selalu lepak sini.. boleh buat bising lak tu kat tingkat bawah..selalunya Library yang selalu aku masuk besar-besar sign kat situ "Please, Keep Quiet" dengan jari letak kat bibir..Serius tempat tu memang Library TERBAIK pernah aku gi..Siap golek-golek kut kat sofa dia.. haha....Tapi sayang a dia buat kat area golf tu..lau dekat luar sikit dekat dengan kolej memang aku jalan kaki hari-hari gi sana..ada jugak privacy nak belajar n melepak...



Ni la PPAS Shah Alam...
The Best wooo...





Anyway, aku nak cerita sikit ni,. :( .huuu...sedihhh member housemate aku dah tak duk sini sem depan... Hurmmm,..bosan a aku pasni tak de geng nak melepak mana-mana... Tak tahu lah aku duk umah ni macam mana nanti..sunyi kut tak de dia!! Kita orang dah rapat sejak first sem kut! Ingat lagi masa duk sini mula-mula.. ;)  selalu nak gi mana-mana mesti kita orang berdua je la.. memang selalu teman meneman a..

Pastu masuk lak 2 orang kakak tu..jadi kamceng a kita orang selalu gosip sesama share masalah sesama..Pernah gaduh gak tapi ok da.. Hmm, bila ingat-ingat balik rindu pulak aku kat dia sedangkan dia baru je keluar kul 9 tadi..hahaha ;p Tunang aku tuhh...kekeke.. tade a gurau2 jer..
Pa pe pun hope dia kekal a ngan tunang dia yang sebenar2 nya tuh... (^^)     
Satu aku nak cakap... " Gila,..rindu ko derr " ;p

Sunday, September 25, 2011

COupLe?? L.O.V.E??!!

Apa itu cinta??
Assalamualaikum,blog ku..
Yah, hari ini aku nak sentuh sikit bab cintan cintun ni..
Why? Sebabnya soalan seperti ini : 

           " Kau tak ada pakwe ke?" 
         " Kau tak nak cari pasangan ke? takkan nak single je..
           tak bosan ke?"
         " Nak aku cari kan pakwe tak? kau nak yg macam 
           mana yg botak, yg badan tough, tinggi pendek"

Wah wah wahhh...da macam agensi mencari jodoh pulak kengkawan aku ni...
Dear my fellow friend, yg kukasihi, yg ku sayangi sekalian.. bukan nak kata apa lah.. Aku ni malas nak mencari boyfriend...(nk tambah 's' ke? hehe :p).. sebab banyak sangat benda yang perlu aku fikir daripada fikir nak  mengutip mamat yg entah pa pe tu..terjamin sangat ke lelaki tu nak kahwin dengan kita?? Ya, memanglah ada lelaki yang serius tapi tak ramai..lagi baya-baya aku ni.. confirm la semua takat nak suka suka gituu...Hmm, maleh la eden,..lebih baik aku fikir cara aku nak bayar balik pinjaman PTPTN aku ni lagi bagus..daripada fikir nak menjaga hati dia tapi hati aku tak terjaga..itu tak boleh ini tak boleh...semua nak dikongkong..baik tak payah....

Contohnya... (experience member...aku pemerhati jerr :p )
          " U jangan nak keluar malam I tak suka" -Tapi boleh pulak dia ajak g dating malam pagi-pagi buta...
          " Nak keluar gi mana WAJIB roger I" - Derr,.ada juga yg takat nak pergi giant sebelah rumah ni pun kena roger-roger and out...tak ke....... pa pe je la....yg lebih kesian tengah sibuk berbalas sms pastu kekasih ni pergi la toilet sat, boleh pulak pakwe dia mengamuk sebab lambat balas mesej,.. Aduiii, itupun jadi perang dunia ke3 ke??
          " U pakai tudung lagi lawa..lagi pun perempuan kan wajib tutup aurat" -Huii, ini memang lelaki baik ni siap suruh awek dia pakai tudung,..tapi.....kenapa bab bersentuhan tak ada pulak dia nak prihatin? Elok je tangan tu landing kat pinggang awek dia.... Jawapan kawan aku : Normal la tu bila dah couple.. semua couple lover macam tu pegang tangan bila berjalan..(Aku.. Huhh?? pa pe je la...)

Apa reaksi korang kalau Lelaki camni??

Berdasarkan experience kawan aku ni la aku malas nak fikir cintan cintun...Apa pun tak boleh...asyik kena ikut telunjuk orang jer..masa untuk bersendirian pun tak ada..nak enjoy dengan kawan pun burn canggitu.. semuanya asyik berkepit dengan dia je 24 hours! (Boleh bosan tau nggak).. Hari tu pun gaduh dengan member sebab dah janji ni nak keluar sama last2 dia tak dapat ikut sebab nak temankan boyfriend dia yg berkeras nak dia ikut gi mana entah..So, makin lama hubungan kita orang jadi renggang pada hal dulu bukan main kamceng.. tapi nasib baiklah dah ok sekarang walaupun tak serapat dulu.. 

Disebabkan faktor-faktor di atas and yang lain-lain tu aku malas nak berceghita... muktamad aku tak perlu lagi ada boypren2 ni..rimas...sat lagi break up patah hati menangis la 2/3 hari...hui,. tak mau...
buat masa sekarang just focus on my study...Yahh, itu lagi terBaik...

Buat kengkawan aku yang sudah mengikat tali pertunangan and tinggal 1 tahun lebih je nak bernikah after study ni,.Congrats yo! Aku doakan korang bahagia dunia akhirat hingga anak cucu cicit and kekal dengan tunang korang sekarang ni.... (^^)

Lastly,.. terimalah kata-kata puitis yang di hantar oleh kawan aku ni..



CinTa???
Cinta itu ibarat KENTUT,
Dipendam rasa SEKSA, di luah rasa MALU...
Jadi tunjukkanlah 'CINTA' kamu perlahan-lahan
seperti mana kamu melepaskan KENTUT..
Elehh,..macam tak biasa pulakkk... hehehehe (^.~)

Monday, September 19, 2011

Final Exam for Sem 2...


Hoho,.. tadi merupakan exam paling sempoi pernah aku jawab.. 
mana tak nya tak yah susah2 nak menghafal.. 
spend 30 min jer selak2 buku tengok format dia macam mana...
pastu sempat lagi layan movie jepun ngan korea sampai kul 12.30am.. hahaha... (>.<)



So, 4 paper lg kena redah... 
nasib la exam pengajian Islam hari jumaat so dpt la relaks sikit..
Cuma, next week kena struggle lorh pulun abis2..
3 paper kut dlm 1 mggu..
mane nak blaja akaun lagi kuantitatif lagi..
Arghh..kecut aku... pa pe pun Hwaiting!!!
chayook chayookk!!!

To all my friends Good Luck for your final exam yo!! (^^) Mulakan menjawab kertas anda dgn doa yerr...

Monday, September 12, 2011

Sure miss all of you a lot!


Tiap kali buka facebook, tengok wall group GRS..
hmm, makin sunyi jer lepas 2 orang
kawan aku pergi sambung study..
Seriously,.. aku terasa nak menangis!! :'(
sebab terlalu teramat sangat rindu
dengan korang semua!!!!! 
Dah la cuti sem tak dapat jumpa
nie raya pun tak dapat jumpa gak!
 sedih tul.........sadis..



hope after this kita semua dpt meluangkan masa bersama.
cam time sekolah dulo-dulo.. ;) haha

 Love you guys
(^^)

Sunday, September 11, 2011

Rindu Syawal


RINDU SYAWAL

Syawal ini hambar ku rasakan,..
Tanpa kehadiranmu disisi..
Bagi melengkapkan lebaran seperti sebelum ini..
Yang selalunya dihiasi gelak tawa
kini suram tanpa kata
Mungkin lebaran kita tidak semeriah mereka
Tapi amat indah bagiku
Cukup hanya ada dirimu, dia dan kami
Cukup dengan kesederhanaan yang kita miliki
Yang penting adalah kita meraikan kedatangan Syawal bersama.

Namun, tidak Syawal ini
Yang hanya ada dia, kami
Dan tangisan di sudut hati yang amat merinduimu
Manakala engkau telah pergi jauh tanpa berpaling
Pergi mengikuti jemputan Kekasihmu
Meninggalkan semua yang amat menyayangimu
Yang tinggal hanyalah batu nisan yang kaku
Menjadi tempat melepaskan rindu akan belaianmu!


sekalung ucapan doa untukmu~