Psstt.....

~Pesan pada DIRI, jangan t'salah memberi HATI pada insan yg tak sudi, pada insan yg tak mengerti....

kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pd diri, hati2lah memberi HATI
sebab ia hanya utk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI

Saturday, December 31, 2011

Hari ini...

LAPARR!!!!!!!!!!!!!! Gas mati lak pagi-pagi ni,.. sabor je la wahai perutku....nanti kita makan ye..
Haduii nak citer apa ek.. Hmm, esok new year,..hui kejap betoi masa berputar,.
taw-taw je da nak masuk tahun 2012,..n next year gak umur aku mencecah 20tahun,..
Erkk, 20 tahun... aku tak sedia lagi kut!!! :( 

time ni la orang akan membebel
'ko tu da umur 20 cuba berubah sikit bangun awal, kemas rumah, cuci baju...bla..bla bla.. jangan asyik nak tido jer ..." (haha..its my mom :p ) ape malas punye org la aku ni kan? :p hehe
lecturer lak "awak semua ni da umo 20thn ke atas cuba jangan buat perangai macam budak tadika! Assignment tak buat, xdtg kelas..ape nak jadi dgn awak semua ni?" yah begitula selalunye bila lecturer da meletOp... sabar je la wahai lecturer2 ku semua...jasa dan kesabaran anda amat kami hargai..
Kawan aku lak "Ko ni cuba la berubah sikit,..asyik tengok kartun, duk ngadap laptop men game zombie! zombie!! zombie!!! aku tengok kau pun da macam zombie! sedarlah ko tu da 20thn bukan budak lagi!" no no no.. tu la cara aku melepaskan stress dgn assignment, exam yg haiiiiiii....redha je la aku mengadapnye...

Cakap pasal exam aku tak ready lagi kut asyik men game zombie ni je..ni la susah bila beli wifi mesti aku tak belajar! lau tak beli bosan lak!.. da la lepas new year je aku mid sem kut.. Huii memang tak de nye la nak relax2 nak tengok bunga api kat extreme park..tengok dari rumah je la..

Wish me "All the best k!" for my mid sem ^^ ~~

Wednesday, December 21, 2011

Dunia.. oh..dunia

Terbaca satu artikel ni tadi kat my news hub,...yang mampu disebut.. Astaghfirullahal azim..
'Gay marriage' cuba tebak orang mana pengantinnya.. ireland with malaysian and lebih teruk muslim! Adoii,..don't know how to say.. risau jer akan ada yang mengikut.. pergi negara lain then kahwin dengan pasangan sejenisnya.. Ye lah, lain negara lain la undang-undangnya. Kalau kat malaysia confirm tak lepas! 
Apa nak jadi.. muka betul2 nampak melayu terakhir gitu tapi.... ahh malas nak mengulas.. Kesian family dia.. malu satu hal aku rasa 1 dunia da tahu kut..nama pun da kuar kat internet ni.. Jangan la masyrakat menyalahkan mak bapak budak ni.. Budak tu da besar kut untuk fikir mana baik mana buruk so dia la patut yang tanggung apa yang dia buat.. Yang aku pelik boleh dia kata 'saya akan kekal muslim sehingga akhir hayat' ..Woii derr..kitab mana yang mengatakan islam membenarkan umatnya kahwin dengan kaum sejenis?? Pa pe pun harap kau kembali ke pangkal jalan tu yang penting..


Tuesday, December 20, 2011

Hidup seorang pelajar...

Today at class don't have mood.. teringat kes jumaat lepas.. arghh wat aku tension jep! lagi-lagi tengok muka tettt tu.. ahh,..adoii makin sakit kepala aku.. Pa pe pun try cool.. k cool.. Entah nape sem ni macam de masalah sikit ngan lecturer.. takut jep dia orang aim aku then fail kan aku.. Huii,..naya.. kes berat tuh.. Tapi, just thing positive tak mungkin la dia orang sanggup fail kan students.. ermm entah la..malas nak fikir kepala aku jugak yang stress t..if it happen  just lest it be.. what can i do is through it with strong heart.. Be fun! yeahh ^^

Arghh, tukar topik.. aku penat tak terkata ni.. Isnin lepas tak datang kelas terlepas belajar bab 4 tapi pa pe pun lega satu urusan selesai just tunggu proses yg seterusnya. Memang penat sangat isnin tu bayangkan la dari 9-5pm lebih kut galas beg ke hulur ke hilir kat KL tu..kalau beg kosong tak pe la gak ni laptop! aku ni da la kecik je.. lepas sampai shah alam baru terasa sengal kat bahu ni..letih dia sampai sekarang dengan tak cukup tidurnya.

Saturday, December 3, 2011

Al-Fatihah..dari ku..

Assalammualaikum, dunia..

Kalau semalam aku dikejutkan dengan pengkuan kawan aku dari kecik yang dia dah pegang status isteri orang hari ini aku dikejutkan dengan kematian ayah kawan kolej aku,.. Sungguh aku tak sangka dia juga menimpa nasib ujian yang sama dengan aku.. Aku betul-betul tak tahu sampai la on9 facebook tadi..

Aku harap dia tabah menghadapi ketentuan Allah yang ini..yang memang ramai tak dapat menerima hakikat orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita..memang menyakitkan tapi itu lah realitinya.. Setiap yang hidup pasti akan pergi kembali kepada Pencipta-Nya.. Aku faham perasaan dia.. kehilangan tempat untuk bermanja..kehilangan orang yang satu-satunya kita panggil ayah! satu kehilangan yang besar yang amat menyakitkan, menyesakkan jiwa..

Tapi, Jangan anggap Allah itu tidak adil kerana meragut kebahagiaan yang kita ada.. Yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. Kerana Allah tidak akan mendatangkan sesuatu ujian kepada hamba-Nya andai kita tidak bersedia andai iman kita tak kuat untuk menghadapinya.

Jadi, kuatkanlah semangat.. hadapi dugaan ini dengan hati yang cekal dan banggakanlah ayah kita di sana, tersenyum melihat kita berjaya..

Salam takziah daripada aku buat kau teman, (sue sekeluarga)...Semoga dia yang kita sayang di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Sekalung Al-Fatih ah  ku sedekahkan...