Psstt.....

~Pesan pada DIRI, jangan t'salah memberi HATI pada insan yg tak sudi, pada insan yg tak mengerti....

kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pd diri, hati2lah memberi HATI
sebab ia hanya utk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI

Saturday, April 21, 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.. :)

Hoi hoi.. long time no see... lama tak jenguk blog ni.. (^^)
Hahh, minggu yang teramat busy gila sudah selamat lepas.. Fuhh (-,-) Penat tahu tak! masa untuk rehat pun aku kena burn lagi-lagi waktu untuk aku tidur... dapat tidur 4/5 jam je.. tu yang bengkak je mata ni...bayangkan la Petang isnin tu (around 6.30pm) balik je kat rumah sewa, malam kul 8.15pm tu buat discussion untuk presentation english untuk esok..member aku cakap lagi hari rabu tu kena buat pembentangan business plan la pula, khamis pula kita berforum.. aduihhhh baru satu hari aku tak datang kelas (isnin pagi tu ponteng! :p bersebab tau..) dah macam hape.. berderet je presentation.. paling teruk semua buat last minute.. terbaikk tul! cuma business plan tu je la cuma nak tulis kat atas kertas mahjong je.. yang nak buat forum tu la memang mencabar.. otak ni tergeliat cari isi and fakta dia..  Serius tension kuttt!! Tapi, Alhamdulillah.. semua nya berjalan dengan lancar... beres dah pun..tamat sudah segala bagai presentation untuk sem ni.. (setakat ni la.. tak tahu lah pula kalau esok2 tetiba datang bergolek presentation tu kat tangan kita orang..harap tak la.. penat dah otak aku ni)

Btw, waktu buat forum tu alhamdulillah tak berapa nak nervous walaupun waktu group sebelum kita orang tu hati ni 'dup dup dup' laju ja.. Tapi lepas naik pentas ok la.. Biar pun tak sehebat mana forum kita orang ni tapi bagi aku ok la at least aku nampak sedikit perubahan dalam diri aku ni haa yang mana bila nervous tu datang memang akan cakap laju cam bas express la.. tak ada lantunan suara semua tu straight je.. Tapi waktu forum tadi, lenggok suara konon2 orang berforum tu ada la..biar pun tak sama seperti orang berforum. yang penting adalah aku mencuba :)  kan?? :p

Pa pe hal pun sem ni la aku rasa paling lemas dengan presentation walaupun 3 subjek je waktu long sem pun tak ada lah canggini presentation nya.. cuma busy dengan assignment je la.. paling tak pun satu subjek tu ada 1 presentation je.. sem kali ni tak beb,.. 1 subjek 2 presentation 2 assignments kena buat.. hadoihh lemah semangat betul.. paling tak tahan tuk subjek presentation skills.. sensorang tu buat presentation! mana tak ketaq lutut ni! speaking lak.. so nervous tu berganda-ganda.. YANG PENTING SEKARANG SEMUA DAH LEPAS! YEAHHH.... tinggal isnin ni nak buat jualan , assignments perlakuan organisasi n report presentation skills.. Hahh tak sabar nya nak graduate.. kepala ni dah pening fikir pasal study n duit $$ .. nak kena bayar ini la itu la.. haishhh.. Habis graduate pun pening kepala mana nak cekau duit RM20,000 utk bayar loan PTPTN.. bunga dia lagi.. hadeihhh.. sedih... 
-aku tak suka la hutang lelama, hati tak tenang, otak pun berserabut -.-'

Tapi, aku tak pernah la busy seperti orang kat atas ni.. mau gila woiii...



Patut letak kat atas meja ni..
biar housemate tak kacau kita yang busy ni..

tapi kalau gatal gak nak mengacau..
memang kena lepuk dengan aku..

Sunday, April 8, 2012

British English Vs Malaysian English

Assalamualaikum,.. (^_^)

Yahh,. rasanya sudah lama aku tak on blog ni.. malas nak update satu.. lupa satu.. busy pulak tu.. n tak tahu nak buat entry apa..  :p

By the way,.. aku nak share benda ni..(kat bawah ni haa..) Ni aku jumpa kat inbox dalam komputer tempat aku kerja waktu lepas SPM dulu.. Dah time tu bosan sangat saja lepak depan kaunter.. check e-mail kut2 ada info baru ke en.. sambil2 tu on9.. Uuppss.. haha :D .. so terjumpa la benda ni..Hope you like :p gurau-gurau je naa~~
 
BRITISH ENGLISH vs. MALAYSIAN ENGLISH

Who says our English is TERUK? Just read below.
Ours is simple, short, concise, straight to the point, effective, etc.

 
WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS.
Britons: I’m sorry, sir, but we don’t seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment. I can call the other outlets for you.
Malaysians: 124 no stock!

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?
Malaysians: Hello, who call?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY
Britons: Excuse me; I would like to get by. Would you please make way?
Malaysians: Excuse me.

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No need lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door.
Malaysians: (Pointing at the door) Can ah?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: Don’t shy shy one lah.

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don’t recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I would prefer not to do that, if you don’t mind.
Malaysians: Don’t want lah.

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err.. Tom, I have to stop you there. I understand where you’re coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I’m trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time. Do I know you?
Malaysian: See what? (2x)

WHEN ASSESSING A THIGH T SITUATION
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysian: Die lah!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: What happened ah? Why like that one lah?
ENGLISH vs. MALAYSIAN ENGLISH

Saturday, February 25, 2012

Assalammualaikum........ yahh petang yng cerah lepas hujan,...

Hm,.. buat apae? I'm listening 'Good Friends' by Super Junior... Lirik dia sangat menyentuh perasaan (bagi aku la).. teringat kat kengkawan yang sudi berkawan dengan aku... ^^


ginjanghaetdeon cheotnal nan amu mal mothaetji
ireoke uri manheun nal hamkke halji
geuttaen jeongmal mollasseo eoneusae urin
phutnaegiyeosseotji heosedo tteoreosseotji
ireoke uri seororeul aragalji
geuttaen jeongmal mollasseo eoneusae urin

nanun ge manchanha Oh- Oh- heullin ttam nunmul bimil
miwohaetdeon sigankkaji nan saranghal su itgesseo eoneusae urin

tteoreojil su eobseo bogopheul geoya geuriul geoya
I love my friends
itji mothal geoya nal anajwo
nal itjima
byeonhajima

eolguldo burkhyeotji da pogihal ppeon haetji
hajiman uri soneul nochi anhasseo
geuttaen jeongmal gomawosseo eoneusae urin eoneusae urin

nanun ge manchanha Oh- Oh- heullin ttam nunmul bimil
miwohaetdeon sigankkaji nan saranghal su itgesseo

eonjenga urin ibyeoreul hagetji Oh- Oh- 
mot bol sudo itgetji
geuttaen uri chueok himi doelkka dasi mannal
ttaekkaji eonjenga urin

nanananananananananananananananananananana~ eoneusae urin
tteoreojil su eobseo bogopeul geoya geuriul geoya 
I Love My Friends
itji mothal geoya nal anajwo nal itjima neol saranghae



On my first day I was so nervous, I couldn’t say a word
We didn’t know back then that we’d spend these many days together
But we’ve already…
We were all so inexperienced- we would be cocky and show off
We didn’t know back then that we’d get to know each other like this

But we’ve already….
There’s so many things that we’ve shared together
The dripping sweat, tears and secrets
Even all the times we hated each other
But I can love all those times- we’ve already
We can’t grow apart- then I will miss you- I love my friends
I will never forget- embrace me, don’t forget me, don’t change
Our faces were flushed- we all almost gave up
But we didn’t let go of our hands
I was so thankful for back then
We’ve already, we’ve already
There’s so many things that we’ve shared together

The dripping sweat, tears and secrets
Even all the times we hated each other
But I can love all those times- we’ve already
Someday we will all have to say goodbye
We might not be able to see each other
Then our memories will be our strength
Till the day we meet again some day
Na na na na na na ~ we’ve already
We can’t grow apart- then I will miss you- I love my friends
I will never forget- embrace me, don’t forget me, I love you all


 for my true friends...

Saranghae Chingu! ^^

Monday, February 13, 2012

ku ku malu (>.<)

Assalammualaikum,...........

Huiittt,.. tadi aku baru saja ter'malu'... hiiihh,.. rasa betul2 malu kut (>.<) coz de dak depan rumah ketuk-ketuk pintu,..so aku ingatkan housemate aku la baru balik beli makanan. Seorang housemate aku ni memang suka ketuk2 pintu pastu menyorok.. Bila aku buka pintu aku tak nampak orang.. aku tutup la balik pintu dan berkata  dengan lantangnya "main-main pula" sebab dah terlampau geram,.. Alih2 budak2 tu ketuk pintu lagi. "assalammualaikum, akak..akak." Ekkk,.. bila buka pintu je terpacul la bebudak ni hulur kuih mini donat..  laa... Masa tu memang 'Hiiii,.. sorry la adik2 oi' ... muka time da tak tau nak sorok kat ne.. dah la marah orang pastu org tu pula bagi makanan kat kita.. adeihh sorry je la yg aku boleh buat.. malu kut :p



Baik pula budak2 depan rumah ni.. Boleh buat kawan ni.. :)
Nak balas apa ek mini donat dia orang ni??


Ni la mini donat yang diberi oleh bebudak tu..
Budak ke? Hee~ ntah2 sebaya...comey2 kut
tinggal ni je la yg lain aku da sebat :p

Thursday, February 9, 2012

True story - Lipas terbang

  
cik lipas terbang

Haha.. benda ni memang betul!! Bagi aku... lipas tu terbang ke tak memang aku akan lari jauh-jauh selagi lipas tu tak mampuihh... Tapi kalau nampak lipas kat dapur tu duk diam ok lagi la.. so aku pun relaks la juga jalan masuk bilik nak ambil penyembur lipas tu.. sekali dia dah terbang perghh memang cabut lari terus masuk bilik tutup pintu and lubang-lubang kat bawah tu biar dia tak masuk dalam bilik!! :) kuikuikuii...  Bukannya apa.. bahaya oo kalau lipas tu da terbang.. suka suki dia je nak landing kat orang.. Geli tau tak...

Banyak sangat kut pengalaman pahit aku dengan lipas ni sejak stay kat rumah sewa..
  1. pernah aku buat assignment pagi2 buta kat ruang tamu alih-alih boleh pula lipas ni berjalan kat belakang aku sampai ke bahu.. hihhhh memang aku meloncat panjat kerusi...
  2. Haahh time ni tak boleh bla... aku baru je nak sambung tidur tengah hari tu dah baring ni dia boleh pula muncul dari pintu pastu straight je melompat kat katil aku.. haishhh kuang ajo betul la..nasib baik la aku terfikir nak turun ikut tangga lau tak memang lompat dari atas ke bawah (katil double decker kan..) potong stim orang nak tidur jerrr....grrrr gerammm...
  3. Tengah syok tengok tv ngan housemate ni tetiba muncul dari mana ntah lipas ni nak join sama tengok tv agaknya.. bukan main terkejut kita orang.. dah tu boleh dia terbang pastu attack aku sorang.. haishhh saja cari pasal..
  4. Nak makan ni lapo giler time tu.. sekali tengok barang dalam kabinet haa sudah lipas tu boleh bertelur kat makanan aku!! Arghhh.. sapa mau sabar???
Oleh tak mau kejadian ni berulang..jumpa je lipas memang benda pertama dibuat cari penyembur racun lipas kemudian aku kejar dia sampai dapat selagi lipas tu tak kejar aku laa (selagi dia tak terbang laa).. :p

sampai housemate aku cakap
               'kau ni kejam la asyik bunuh lipas je. kesian dia orang pun nak hidup. Kalau dia mati macam mana ngan keluarga dia?'
Aku? terharu kah? Tidak sama sekali... peduli la asalkan lipas tu tak ada di depan mata aku and jauh dari hidup aku, baru lah aku rasa aman nak duk rumah. tak kisahlah kau nak gelar aku 'pembunuh lipas' ke 'pemburu lipas' ke aku tak peduli yang penting anaak cucu cicit and keturunan dia tak ada dalam rumah aku. kau tak kira pulak lipas tu suka suka dia je bertelur and mencerobohi makanan yang aku simpan and yang aku letak kat atas meja.. aihh boleh keracunan makanan tau tak! lipas tu nak bertanggungjawab?? nak beli kan makanan yang dia dah rosakkan tu? memang tak leerrrr.....

------kalau nak sangat pi amek lipas2 tu bela kat rumah kau. aku pun dengan senang hati letak signboard siap buat peta ngan kad jemputan untuk lipas2 tu gi rumah kau------- n sejak duk rumah sewa ni gak la darjah kebencian aku terhadap si lipas makin meningkat--- benci giler kutttttt............ tapi kan sebab tu la agaknya aku banyak sangat mimpi pasal kes si lipas tu serang aku balik..hmm... syukur jugak la benda tu cuma mimpi je. jangan jadi kenyataan sudah..... -______-

Sekian,...
-AkubenciLipas-

Wednesday, February 1, 2012

CoupLe-bReak..

Assalammualaikum,
Yahhh, pagi-pagi buta ni tak tahu nak buat apa.. so apa lagi buka blog, nak cerita sikit la..

Entry ni pasal couple.. Yeahh about love.. Pada aku tak payah la couple buat sakit kepala je la.. lagipun kita ni students banyak sangat benda nak difikir atau terpaksa fikir.. dengan assignments nya, presentations, test, exam aduiii...ni nak menambah masalah dengan nak menjaga perasaan orang haaahh sudah... Pastu nak meluangkan masa untuk dia keluar tak tentu hala pagi2 buta tu.. buat tambah dosa je.. cukup-cukup la dengan dosa aku yang sedia ada ni... (-_-)

Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang dengan mudahnya couple then break,.. tak sampai beberapa bulan tu dah couple dengan orang lain.. walhal, time break tu bukan main menangis kau. lebam biji mata sepet je aku tengok de gak sampai tak lalu nak makan berhari-hari!

Yang buat aku tak faham lagi tuh bila sesi luahan perasaan lah kan 'Aku sayang sangat kat dia' 'Sampai hati dia buat aku macam ni' bla..bla..bla... and so on.... Tup tup berapa bulan lepas tu couple dengan orang lain pulak... Aku dah (-_-")? Kalau jumpa yang betul jodoh kita takpe la jugak.. Nie,.. couple putus couple putus...Berapa banyak hati kau ada?? begitu mudah kau lupakan yang lama and mudah sangat kata sayang kat seseorang after orang tu kata suka kau.. yang tak tahan tu mula-mula kenal dah cakap laki ni baik la ikhlas la apa la.. Last2 kat katil kau tu jugak terbaring menangis tak keruan..

Geram pula aku jumpa orang yang macam ni.. kalau iya pun desperate sangat nak kasih sayang daripada seseorang tu agak la... Senang sangat ditipu buaya2 darat ni.. geram tau tak,.. nak marah kesian pula..bila bagi nasihat, angguk-angguk pastu buat lagi... Hape-hape je la weyhhh....Naik pening aku tengok..


Sunyi..faktor girls senang sangat terima cinta buaya..
 
Salah siapa sebenarnya?
Salah orang yang mempermainkan dia
or salah dia sendiri yang cari pasal ?
(-________-)
~couple dengan suami sendiri lagi seronok kut..
boleh main-main cinta..romantik sikit..
nak cubit pipi dia pun boleh hehehe... ^^
tapi kena pandai juga la cari calon suami tu ye
kang tak pasai-pasai dpt yg suka 'Pang'

Tuesday, January 31, 2012

Lelaki+Masak = ?

FAKTA SEBENAR LELAKI

Teringat kat member kamcing.. ada ke dia masak meggi goreng+tuna dlm sardin..
Then, nasi goreng+epal+blackcurrant.. errr agak2 pe rase dia ek??

-maaf ler atuk buntal terngumpat ko lak :p
• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari je r.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul x??
LIKES!
Dennis Oh hehe :p


 
 
 
 
 
 
 
 
(◠‿◠)~@ Aku pun tak de la reti masak sangat.. ALa-ala kadar jer..
Lau boleh nak le laki yg reti masak hehehe :p...
Pe mau jadi nie..... :D