Psstt.....

~Pesan pada DIRI, jangan t'salah memberi HATI pada insan yg tak sudi, pada insan yg tak mengerti....

kerna sekali kita memberi, selamanya dia di HATI. Sekali kita dilukai, sampai bila2 tetap kita ingati.
Pesan lagi pd diri, hati2lah memberi HATI
sebab ia hanya utk insan yg tahu menghargai betapa tingginya nilai skeping HATI.

HATI & PERASAAN ini hanya utk yg MENYINTAI & MENYAYANGI kita dgn SEIKHLAS HATI

Tuesday, August 23, 2011

Terima Kasih...

Alhamdulillah,.. tadi baru je terima zakat dari pihak kolej ^^ ... Terima kasih sangat...
Duit ni insya'alla aku simpan kalau tak terbelanja la,..hehe... [haipp,..bajet..bajet.. ;p]
Hari ahad lepas time balik rumah pun ada Ajk blok hantar beras n makanan lain la..
terima kasih juga aku ucapkan.. Kepada yang memberi sedekah...
terima kasih la kepada pak cik tu n sekeluarga..
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ^^... Aamiinn


Hmm, makin nak dekat raya makin berlambak pulak assignment....
Semua nak submit after Raya...Aduihh,.. Kena siapkan minggu ni
jugak la nampaknya..Kalau tak...terganggu la ana punya Raya..........

Monday, August 22, 2011

in Mahkamah

Hari ini......Arghhh sangat mengantuks! 1 jam setengah lepas baru blik dari Mahkamah rendah syariah,..y? Aku cerai talak 10...ha3,..ta de la..ada la uruskn something with my mom..masa tggu kes ktorg dipanggil duk la dengar kes2 orang lain,.. kbanyakannya kes cerai!! sampai Hakim pun naik bosan "asyik-asyik kes cerai, panggil kes yang lain" hahaha,..begitu sekali ye..so, sebab tu la dapat keluar awal la jugak lepas 1jam lebih duk dalam court tuh..macam-macam sebab la pasangan ni nak bercerai..

      Mostly, perempuan yang minta fasakh sebab tak ada sefahaman, laki tak bagi nafkah,.. tapi aku tertarik dengan kes ni, bukan nak mengumpat tapi sebagai PERINGATAN! Gini,.. laki dia banyak girlfriends,..so isteri dia tuntut fasakh,..Hakim balas "biarlah laki awak banyak gf pun.." (Dlm hati aq,..ishkk, Hakim ni tahu lah lelaki boleh kahwin ramai tp agak lorhh..) tapi bila fikir2 balik mungkin Hakim ni nk bagitahu biar la laki dia banyak gf pun, tapi janganlah terus nak minta cerai..bincang dulu dengan suami elok2.. Hakim tanya lg "handsome sgt ke laki awak sampai ramai perempuan nak dekat dia?" Aku rasa dah nak tergelak jep,..haha perli baik punya..hahaha... Hakim, "berapa ramai girlfriends laki awak tuh? kerja apa?" Isteri, " 4 orang atau lebih..saya tak tahu dia kerja apa sebab dia tak nak bagitahu" Haa boleh pula tak tahu kerja apa.. ishk3.. kat sini kita kena ingat kita kena tahu suami kita or bakal suami kita tuh kerja apa jangan lah main redah je nak kahwin punya pasal tak amek kisah pasal kerja apa yang dibuat lelaki tuh,..khuatir je dia buat kerja yang salah disisi undang-undang macam mana?? kita juga yang susah..
kepada lelaki,..kalau dah tahu nak kahwin kenalah cari kerja yg tetap, ekonomi kena kukuh..ni tak.. isteri dah tuntut fasakh baru sibuk nak cari kerja..fikirlah kesian kat anak-anak ngan isteri yang tak cukup nafkah tu..

Dalam kes cerai ni ada juga la lelaki yang nak ceraikan isteri dia,..tapi isteri dia tak setuju sebab masih sayangkan perkahwinan dorang..tersentuh aq..aku tak dapat bayangkan andai aku ditempat dia.. sedangkan yang minta fasakh pun de yang menangis setelah dengar talak dari suami dia di depan Mahkamah ni kan lagi suami sendiri yg nak ceraikan.. n mostly pasangan muda lah awal 20 an ke atas baru 2/3 tahun kahwin terus minta cerai..ishk3..takut aku fikir macam mana lah nasib aku nanti?? harap dapat suami yang baik n soleh.

De lagi aku nak share,..kes kahwin lari kat Thailand..haa,nie mungkin perkara biasa lah kat negara kita nieh.. punca dia sebab ayah dia tak setuju ngan pilihan hati si anak perempuan ni yg nak kahwin dengan si 'Pakistan'.. Hakim tanya " kenapa perlu kahwin lari sampai ke Thailand? kenapa tak cari je wali lain n kahwin kat Malaysia?" ishk2,..macam2 en,..susah payah nk lari g thailand kenapa? pakai je la wali nasab yg lain xpun wali hakim kat malaysia nie...kan senang?

Oo,.yup,.lega PMC da tamat semalam,..hati aku tenang dapat pengalaman berQiamulaill dengan kengkawan..1st time nie ikut Qiamulaill excited kut....[tp sejadah aq hilang :'( ..puas aq cari tak jumpa2..] hmm,..ta pe la.. Aku harap kita semua dpt la pengalaman berharga n belajar sesuatu drp PMC uh.. yang mana selama ni solat lompong2 n dah lame xg terawihh, PMC ri tuh kena gak solat walaupun ada yg terkandas di tengah jalan, penat ye.. Kita ni berpuasa tapi tak solat gak kan rugi tuh dua-dua wajib.. solat tu umpama tiang agama kalau tak solat tapi puasa je umpama rumah ada bumbung tapi tak ada tiang...
serupa lah kalau tak pakai tudung tak tutup aurat.. umpama rumah tak ada dinding..Fikir-fikirkanlah ^^

Monday, August 1, 2011

berita manusia...

Baru je nak terlelap tetiba handphone ku berbunyi,...mesej masuk..
Adoii,..baru je nak starting mimpi2 indah dah kne cut..dah la xtdo lpas sahur td..kacau tul..
"Salam,.please inform others class for today has been
canceled because I've had a meeting. Selamat Berpuasa"
Yahuu,..mesej yg mggembirakn tul..kalau la kelas lagi 1 tu pun cancel mmg xde wat pe la aq hari ni standby nk ke bazar je kut,..haha :p

Boring2 nieh,..saja surf berita2 terkini(t'kini lah sgt)..search Aleesha Farhana yg duk t'tera kat status ckgu aq 2 ari lepas..ku ingatkan dak sekolah aku sekali bukan. Da mensearch ni baru aku tahu dia ni sebenarnya lelaki nak minta permohonan tukar jantina tapi tak di approve then meninggal dunia sebab serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’ dan tekanan darah rendah.

"Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.."

 Kesian aku dengan family dia and dia sekali. Aku setuju sangatlah dgn pendapat Dr.Mashitah Ibrahim.

"masyarakat tiada hak untuk terus menghukum golongan ini kerana berdasarkan hadis,
ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang, meneruskan pembunuhan mangsa ke-100
kerana tidak diberi ruang untuk bertaubat selepas menemui seorang alim ulama.
Bagaimanapun, selepas menemui ulama kedua yang memberi ruang kepada lelaki itu
kembali ke jalan diredai, akhirnya dia bertaubat dan diberikan keampunan oleh Allah.
“Jadilah kita seperti ulama kedua yang memberi bimbingan kepada mereka yang pernah membuat dosa. Hentikan segera cemuhan, kecaman dan caci maki kepada golongan berkenaan sehingga meletakkan ahli keluarga dalam keadaan serba salah."

Masyarakat pun satu,..yang duk caci hina watpe,.cubalah bantu dia bimbing
dia ke jln yg benar...Rasulullah s.a.w tak ajar pun kita mencaci orang sampai mendoakan
kematian orang lak tuh.. at least kita bimbing dia dpt la dia ni bertaubat n menyesal dgn
tindakan yg dia buat..Setiap orang ada hak untuk bertaubat mehh~

p/s harap ini jadi iktibar buat kita sebagai umat islam,...
ingatlah balik apa yang telah terjadi kpd kaum nabi lut yg diterbalikkan bumi tu...
kita ni bru je tsunami, tanah runtuh..cuba bygkn kena macam kaum nabi lut,.. Nauzubillah!